Kenapa Anda Perlu Menyertai Sekarang?
Takaful merupakan alat kewangan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sosial dan kewangan manusia. Semua orang berusaha keras mengumpul harta dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Mungkin anda tidak nampak anda perlukannya sekarang tapi mungkin satu saat nanti anda perlukannya sebagai BANTUAN...meringankan beban masa susah...yang penting anda tidak lagi MENYUSAHKAN orang lain kelak...Takaful Merupakan alat pemindahan atau pengurangan risiko terhadap sumber kewangan dan pendapatan kita.
Kita seharusnya memerlukan persiapan dibawah sebagai tabung apabila kita tiada :-
1) Tabung perbelanjaan pengebumian, bil hospital dan perundangan
2) Tabung pelupusan hutang piutang
3) Tabung keperluan kecemasan untuk pewaris
4) Tabung untuk pinjaman perumahan dan sewa beli
5) Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak
6) Tabung pendidikan anak
Perkara yang perlu diambil perhatian adalah mampukah kita membayar bil hospital bernilai RM 10,000 - RM40,000.00 seandainya ditakdirkan kita disahkan menghidapi salah satu penyakit kritikal esok? Inilah peranan peranan takaful sebagai alat kewangan paling canggih dan tertua pernah dicipta manusia. Kenapa perlu bertangguh untuk Bantuan yang terjamin?
CUBA TANYA DIRI ANDA SENDIRI SEJUJUR-JUJURNYA?
Dapatkan Perlindungan pendapatan, diri dan keluarga anda hari ini!
Posted by ridz_One 26 comments
Labels: Kenapa Anda perlukan Kami?
Kebenaran tentang Hospital
Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.
Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka.
Adakah anda jamin anda akan terus diambil bekerja? bagaimana jika diberhentikan? bagaimana jika ditakdirkan mengalami penyakit kritikal,kemalangan dan lumpuh kekal adakah anda terus diambil bekerja andai sudah tidak mampu menyumbang tenaga untuk syarikat anda?(semoga Allah menjauhi kita dari dugaan tersebut) Adakah anda jamin anda tidak mengalami penyakit,kemalangan untuk tempoh 20-30 tahun akan datang? Jadi anda pikirkan kenapa kita tidak hanya bergantung kepada majikan semata-mata...fikirkan...
Adakah anda sedar bahawa kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah dimasukkan ke hospital..
Dan tahukah anda bahawa kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital? Ya..kos rawatan lanjut atau susulan,seperti dialisis buah pinggang, kemoterapi, atau penjagaan jururawat di rumah.
Di Prudential BSN Takaful berhad (PruBSN), kami memahami keperluan anda. Oleh kerana itu, PruBSN menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.
Bayangkan anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda untuk memilih mana-mana hospital pakar panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital..
Tanya saya kenapa anda tidak perlukannya?
Dapatkan hari ini juga.
Baca Selanjutnya......
Posted by ridz_One 0 comments
Labels: Kad Perubatan
Kenapa Prudential?
Prudential Holdings Ltd (PHL) adalah penyedia insurans hayat dan pencen yang terunggul di UK. Prudential melalui anak syarikatnya Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) sudah bertapak di Malaysia lebih daripada 80 tahun.
Merupakan syarikat insurans yang pertama di Malaysia yang mengeluarkan Kad Perubatan bersama-sama dengan polisi insurans hayat. Pada tahun 2008, telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Jenama Paling Di percayai di Malaysia dan Asia oleh Reader's Digest.
Anugerah Reader's Digest Trusted Brand Gold Award ialah berasaskan pengguna iaitu ukuran antarabangsa bagi pemilihan jenama yang diperkenalkan pada 1999 dan telah berlangsung setiap tahun sejak 11 tahun lepas. Kaji selidik itu dijalankan berdasarkan kategori utama seperti kebolehpercayaan, imej, kualiti, nilai, pemahaman tentang keperluan pelanggan dan inovasi
Prudential BSN Takaful adalah hasil usahasama di antara Prudential Holdings Ltd & Bank Simpanan Nasional. Produk-produk yang dihasilkan oleh Prudential BSN Takaful adalah produk yang berlandaskan Syariah. Prudential BSN Takaful telah melancarkan produk Takaful keluarganya yang pertama iaitu Takafulink pada 8 Nov, 2006.
Pelan Takaful ini merupakan pelan yang lengkap, fleksibel dan boleh di sesuaikan mengikut umur dan keperluan individu yang berbeza. Takafulink juga merupakan pelan Takaful Pertama di Malaysia yang menyediakan Kad Perubatan bagi membiayai kos rawatan hospital pakar yang tinggi.
Posted by ridz_One 0 comments
Labels: Produk