Kad Perubatan
Kad perubatan ini di reka khusus bagi membantu peserta menyelesaikan bil-bil hospital yang tinggi terutamanya di hospital Pakar swasta.
Nilai kad telah dinaikkan dengan nilai minimum Rm500,000 sehingga RM1.5 juta (Jun 2009)
Kad Perubatan Takaful pertama menawarkan nilai yang paling tinggi!
Antara kelebihan Kad Perubatan PruBSN...
1.Menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM1.5 juta seumur hidup.
2. Perkhidmatan bayaran bil secara Online di lebih daripada 60 Hospital Pakar yang menjadi panel seluruh Malaysia. Peserta tidak perlu membayar bil dan membuat tuntutan kerana bayaran akan di buat terus kepada hospital (Cashless).
3. Tiada tarikh luput dan boleh di gunakan sehingga umur peserta 70 tahun.
4. Kebebasan memilih hospital dan doktor pakar.
5. Khidmat bantuan perubatan antarabangsa 24 Jam.
6. Rawatan 30 hari sebelum dan 90 hari selepas keluar wad.
7. Penjagaan Jururawat di rumah
8. Rawatan pesakit luar bagi kecederaan akibat kemalangan.
9. Membiyai kos pembedahan balik hari (Day Surgery).
10. Rawatan Dialisis Buah Pinggang.
11. Rawatan Kanser.
12. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
Lihat Jadual...
Penetapan Ko-Takaful
Kad perubatan ini mensyaratkan peserta membayar ko-takaful (amaun yang tidak boleh di tuntut) sebanyak 10% daripada bil tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1,000. Bagi manfaat bilik dan penginapan, tiada ko-takaful di kenakan.
(Penetapan ko-Takaful ini adalah seperti yang disyaratkan oleh Bank Negara Malaysia)
Lihat contoh dibawah:
1- Kes 1 :
• Jumlah Bil : RM2,000
• 10% daripada bil = RM200
• Oleh kerana minimum ko-takaful adalah RM300, maka peserta perlu membayar RM300 (minimum)
dan PruBSN membiayai selebihnya iaitu RM1,700.
2- Kes 2 :
• Jumlah Bil = RM6,000
• 10% daripada bil = RM600
• Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM600
• Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM5,400
3- Kes 3 :
• Jumlah Bil = RM40,000
• 10% daripada bill = RM4,000
• Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM1,000 (Maksimum)
• Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM39,000
Comments :
Post a Comment