Pelan Perlindungan khas untuk Wanita
Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.
Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.
Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.
Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.
Takaful puteri merupakan manfaat perlindungan tambahan khusus untuk wanita yang di tawarkan di dalam pelan Takaful keluarga komprehensif - Takafulink.
Ia menyediakan manfaat perlindungan yang unik kepada wanita di dalam pelbagai peringkat kehidupan.Biasanya manfaat-manfaat yang di sediakan ini tidak terdapat di dalam pelan perlindungan sedia ada.
Manfaat Takaful Puteri perlu di ambil bersama-sama Pelan Takafulink.
Terdapat 2 pilihan iaitu Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus
Terdapat 3 pilihan bagi amaun perlindungan yang berbeza iaitu RM50,000 , RM100,000 dan RM150,000.
Lihat Jadual

A) Takaful Puteri
Antara manfaat-manfaat yang di tawarkan oleh Takaful Puteri adalah seperti berikut :
1. Kanser Wanita
• Kanser Payudara
• Kanser Serviks Uteri
• Kanser Tiub Fallopio
• Kanser Ovari
• Kanser Uterus
• Kanser Vagina / Vulva
2. Systemic Lupus Erythematosus with Lupus Nephritis (SLE)
3. Karsinoma-in-situ payudara atau serviks uteri
4. Pembedahan pembaikan (reconstructive) payudara
5. Rheumatoid arthritis dan komplikasinya
6. Pembedahan pembaikan muka akibat kemalangan
7. Tampalan kulit akibat terbakar atau kanser kulit
B) Takaful Puteri Plus
Takaful Puteri Plus menyediakan manfaat penjagaan bagi wanita-wanita yang telah menjadi seorang Ibu. Manfaat-manfaat ini termasuklah :
1. Komplikasi Semasa Mengandung
• Kandungan Luar Rahim
• Keguguran (semasa kandungan berumur 126-196 hari)
• Kematian Bayi Dalam Kandungan (Selepas kandungan berusia 196 hari)
• Kematian Bayi (Selepas 30 hari dari kelahiran)
2. Penyakit Konginetal Terhadap Bayi
• Down Syndrome
• Ventricular Septal Defect
• Atrial Septal Defect
• Spina Bifida
• Sumbing/Lelangit Rekah
Nota :
Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan.
mantap, pria kuat bertenaga