TakafulCerdik Pelan Untuk Anak Anda
Sudahkah anda merancang tabung pendidikan untuk anak kesayangan anda?
Kos pendidikan tidak dinafikan semakin meningkat saban hari..
Mungkin anda mampu menyimpan dalam tabung ASB, ASN, Bank, atau lain-lain..ya.sangat bagus...
Tetapi..Adakah ada JAMINAN sasaran tabungan untuk anak kesayangan anda akan kekal andai kata anda GAGAL meneruskan simpanan atas sebab yang luar jangkaan anda, andai kata anda hilang upaya untuk bekerja, berlaku kematian atau menghidap penyakit kritikal..risiko luar jangkaan kita..?
Jawapannya...anda sendiri tau..
Adakah anda akan tolak jika ada tawaran yang mampu memastikan tabungan pendidikan anak kesayangan anda terus terjamin andai sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas anda?
Dengan pelan pendidikan TAKAFUL CERDIK ini memastikan perancangan dana pendidikan anak kesayangan anda tidak tergugat walaupun berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas anda seperti penyakit kritikal, kematian atau ketidakupayaan..
Dengan pelan BIJAK ini walaupun anda baru menabung dan ditakdirkan berlaku sesuatu yang tidak diingini tersebut TABUNGAN PENDIDIKAN ANAK KESAYANGAN anda telah menjadi milik anak anda dengan manfaat caruman percuma yang ditawarkan.
Dan banyak lagi manfaat lain yang disediakan...
LINDUNGI MASA DEPAN PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANAK ANDA
Pelan Takaful Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda , tetapi ia juga amat fleksibel untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.
Kini anda boleh memberi dua hadiah paling berharga untuk anak anda - pendidikan dan perlindungan - dalam kombinasi inovasi satu plan yang unik.
Antara manfaat yang anak anda dapat miliki....(Manfaat yang dimiliki adalah lebih kurang sama seperti manfaat dalam pelan Takafulink)
Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.
Umur pada tarikh akan datang
1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%
Sebab kematian terdiri kematian biasa
Crisis Shield / Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
Diberikan pampasan sekali gus jika menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit,
Segala kos rawatan akan ditanggung oleh Kad Perubatan.
Caruman percuma (free waiver) apabila disahkan mengidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal ini,
Caruman yang akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga mencapai umur 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana dulu.
Kemalangan kemudian menyebabkan Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan (ADD)
Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda.
Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada manfaat asas kematian atau lumpuh kekal.
Sekiranya pemegang polisi mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%).
Pampasan 2 kali ganda (Double Indemnity).
Sekiranya anak meninggal dunia atau mengalami kecederaan tubuh badan bukan sebab disengajakan
- disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap,
- semasa berada dalam gerabak lif (tidak termasuk lif di dalam lombong dan tempat pembinaan)
- akibat kebakaran mana-mana pawagam, hotel atau lain2 bangunan awam apabila telah berada ketika kebakaran bermula...
Maka...pampasan akan menjadi 2 kali ganda(Double Indemnity).
Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – sama seperti pelan takafulink..
Khairat Kematian (Compassionate Benefit)
Manfaat khairat kematian bagi tujuan pengebumian..Manfaat akan dibayar sebaik sahaja pewaris kemukakan bukti kematian.
Medical Cover
Sekiranya anda dimasukkan ke Hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.
Untuk Medical Cover ni terdapat 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital, Elaun ICU dan Elaun Bedah.
Kad Perubatan
Memberi perlindungan perubatan bagi manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke Hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk bantuan perubatan kecemasan.
Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia (Cashless).
Jaminan pembaharuan dan dijamin tiada port-folio akan dibatalkan
Lihat mengenai Kad Perubatan.
Elaun Hospital
Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke Hospital.
Elaun Lumpuh
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami lumpuh kekal keseluruhan sebelum mencapai usia 25 tahun.
Parent Contributor
Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami lumpuh kekal keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful Cerdik pada hadapan (FOC ). Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun.
Takaful Saver
Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Akaun unit pelaburan ( IUA ). Peserta yang menyertai Takafulink Cerdik dengan tempoh takaful kurang atau sama dengan 20 tahun adalah diwajibkan mengambil Takaful Saver dengan sumbangan menyamai sumbangan tetap Takafulink Cerdik.
Takaful Saver contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum usia 25 tahun.
Takaful Saver Parent Contributor
Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar sumbangan Takaful Saver anak anda pada masa hadapan.
Premium Percuma (Contributor)
Manfaat ini akan menyambung simpanan peserta secara automatik sekiranya Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
• Pembayar meninggal dunia.
• Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD).
• Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.
Pulangan Pelaburan
Tiada tempoh matang untuk pengeluaran wang
Anda boleh mengeluarkan wang pelaburan pada bila-bila masa untuk tujuan pendidikan anak anda dengan syarat nilai tunai terkumpul melebihi RM4,000 atau baki selepas pengeluaran adalah RM4,000.
Bagi mendapatkan nilai pulangan pelaburan yang tinggi, digalakkan menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
Comments :
Post a Comment