Apa Manfaat yang Anda akan Dapat?
Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat dalam pelan Takafulink PruBSN..
1. Manfaat Asas Kematian:
Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* dan Akaun khas Individu (ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.
* PUA adalah akaun unit-unit yang diperuntukan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar.
**ISA adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.
Maknanya...Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu. Dan..
Bayaran khairat kematian bagi tujuan pengebumian.
2. Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD)
Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekaligus sekiranya peserta/pemegang polisi mengalami TPD sebelum mencapai umur 60 tahun,
Manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun peserta.
Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
Peserta juga akan mendapat elaun tahunan (Rujuk Elaun Lumpuh)
3. Crisis Shield / Critical Illness ( 36 jenis penyakit )
Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan disaat-saat anda paling memerlukan.
Peserta akan diberikan pampasan sekali gus jika menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit,
Segala kos rawatan akan ditanggung oleh Kad Perubatan.
Caruman percuma (free waiver) apabila disahkan mengidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal ini,
Caruman peserta yang akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga mencapai umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana dulu.Peserta tidak perlu bayar carumannya lagi dan wang pelaburannya akan bertambah secara automatik dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada
Nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
4. Kemalangan kemudian menyebabkan Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan (ADD):
Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama peserta.
Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada manfaat asas kematian.
Jika kematian disebabkan kemalangan dapat pampasan ADD ni dan ditambah lagi dengan pampasan Manfaat asas kematian (Manfaat No 1)..dapat kat pewarisla....
Tapi kalau kemalangan menyebabkan Lumpuh kekal dapat pampasan ADD ni ditambah lagi dengan pampasan Manfaat lumpuh kekal keseluruhan (Manfaat No 2)..dapat kat peserta....
Sekiranya peserta mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%).
Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami kecederaan tubuh badan bukan sebab yang disengajakan;
- disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap,
- semasa berada dalam gerabak lif (tidak termasuk lif di dalam lombong dan tempat pembinaan)
- akibat kebakaran mana-mana pawagam, hotel atau lain2 bangunan awam apabila telah berada ketika kebakaran bermula...
Maka...pampasan akan menjadi 2 kali ganda(Double Indemnity).
Lagi? :•
Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Sekiranya peserta sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa peserta telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, peserta sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan boleh dituntut untuk tahun itu.
Lihat contoh ni...
Katakan A mempunyai manfaat untuk ADD = RM30K
Ditakdirkan A kemalangan, membuat tuntutan pada Jun 2008 = RM20K
Jadi manfaat yang tinggal hanya = RM10K
Untuk tahun 2009 jumlah manfaat boleh dituntut kembali jadi = RM30K semula bukan atas baki RM10K...
Camtu gak kalau Jun 2008 dah tuntut = RM30K, tahun depan 2009 jumlah manfaat boleh tuntut kembali jadi RM30K semula...Tapi untuk tahun 2008 tu kalau nak tuntut lagi tak dapatla sebab dah tuntut 100%.
5. Khairat Kematian (Compassionate Benefit)
Manfaat khairat kematian bagi tujuan pengebumian..Manfaat akan dibayar sebaik sahaja pewaris kemukakan bukti kematian.
6. Crisis Cover Plus (CCP)
Manfaat tambahan kalau peserta nak perlindungan lebih tinggi bagi kematian, sakit kritikal atau Lumpuh Kekal Keseluruhan.
Manfaat CCP akan dibayar sekaligus jika disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Kelebihan CCP berbanding manfaat Crisis Cover (takda Plus), manfaat kematian (manfaat 1) masih kekal jika peserta membuat tuntutan.
Jika berlaku kematian sebelum tuntutan CCP dibuat, maka manfaat CCP ni akan dibayar bersama-sama dengan manfaat Kematian (Manfaat 1).
7. Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan (Accidental Medical Reimbursement -AMR )
Jika berlaku kemalangan samaada kecil atau besar PruBSN akan membayar balik semua kos perubatan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
Bayaran balik adalah 100% kos rawatan tidak melebihi jumlah manfaat AMR peserta.
Ingat, untuk kes kemalangan sahaja. Bukan disebabkan penyakit.
Lihat Contoh; peserta terlibat kemalangan (melecur terkena minyak panas ke, jatuh dari basikal motosikal ke,) kemudian pergi klinik biasa dapatkan rawatan..Simpan resit2 nanti boleh tuntut kat PruBSN..
8. Medical Cover
Sekiranya peserta dimasukkan ke Hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, peserta akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.
Untuk Medical Cover ni terdapat 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital, Elaun ICU dan Elaun Bedah.
Kalau sakit kena tahan dalam wad biasa sahaja dapatla Elaun Hospital
Kalau masuk ICU dapat la Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
Bila kena bedah pulak dapat lagi Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) bergantung kepada tahap keseriusan (Severity Level)
Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
1 Unit = RM 50 sehari (Elaun Hospital), - sehingga 100hari/tahun
Kalau ICU 1 Unit jadi = RM 100 sehari (Elaun ICU) - sehingga 30hari/tahun
Dan untuk Elaun Bedah adalah sehingga RM 12,500 setiap prosedur mengikut tahap.. Lihat jadual untuk Tahap keseriusan (severity level) :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
(Pengiraan berdasarkan 1 unit,kalau ada 2 unit kali 2 la..)
*Maksimum RM12,500 setahun
9. Kad Perubatan (Major Medical Cover- MMC)
Memberi perlindungan perubatan bagi manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya peserta dimasukkan ke Hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk bantuan perubatan kecemasan.
Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia (Cashless).
Jaminan pembaharuan dan dijamin tiada port-folio akan dibatalkan selagi peserta tidak lapsed caruman (lambat/tidak bayar sehingga polisi terbatal)....
Lihat mengenai Kad Perubatan.
10. Elaun Hospital (Hospital Benefit)
Memberikan bantuan tunai harian sekiranya peserta dimasukkan ke Hospital.
Dibayar mengikut jumlah hari tinggal dalam wad (sehingga 100 hari / tahun)
Dan ikut unit yang dimiliki. 1 unit = RM50 sehari (maksimum 8 unit untuk satu polisi = RM400 sehari)
Jika bil hospital telah ditanggung oleh syarikat peserta, Elaun Hospital ini pesertaboleh tuntut elaun hospital berasingan.
Elaun hospital akan diberikan selepas keluar dari hospital. Kebiasaanya dalam masa 14 hari bekerja.
Duit yang anda dapat ni tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain.
Pengiraan dia kalau anda duduk dalam wad 6 jam dah dikira sehari.. .
Kalau masuk mana2 hospital pun layak buat tuntutan samaada Hospital swasta atau kerajaan..
11. Elaun Lumpuh (Disability Provider)
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya peserta mengalami Lumpuh Kekal keseluruhan (Total Permanent Disable)
Diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
12. Pampasan Mingguan (Weekly Indemnity)
Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan dimana peserta diberi bantuan tunai mingguan jika kehilangan upaya atau keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan
Dibayar ikut jumlah unit (maksimum 14 unit= RM700)..Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara :
1. Temporary Total Disable ( TTD)
1 Unit = RM 100 seminggu
2. Temporary Partial Disable TPD
1 Unit = RM 50 seminggu
* Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
13. Premium Percuma (Contributor Benefit)
Manfaat ini peserta menyambung simpanan pemegang polisi secara automatik sekiranya peserta disahkan menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal
Carumannya yang akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga mencapai umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana dulu.
14. Spouse Contributor
Sekiranya pasangan peserta meninggal dunia, atau mengalami Lumpuh Kekal Keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC).Jika peserta link polisi dengan pasangannya, caruman untuk pelan takaful, peserta dan pasangannya menjadi percuma (FOC) setelah berlaku kejadian diatas kecuali kalau peserta meninggal caruman pasangannya saja la yang akan disambung..
15. Parent Contributor (Takaful Cerdik)
Sekiranya ibubapa pemegang peserta/polisi meninggal dunia atau mengalami Lumpuh Kekal Keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar sumbangan kepada pelan Takaful (FOC). Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25tahun.
16. Takaful Saver Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya anda menghidap salah satu daripada 36 jenis panyakit kritikal atau mengalami Lumpuh Kekal Keseluruhan.
17. Pengecualian Cukai Pendapatan
Peserta layak untuk dapat pengecualian cukai pendapatan.
*Jumlah manfaat yang dimiliki adalah bergantung kepada jumlah caruman peserta
Dapatkan Quotation Percuma anda sekarang!
Comments :
Post a Comment