Kenapa Prudential?
Prudential Holdings Ltd (PHL) adalah penyedia insurans hayat dan pencen yang terunggul di UK. Prudential melalui anak syarikatnya Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) sudah bertapak di Malaysia lebih daripada 80 tahun.
Merupakan syarikat insurans yang pertama di Malaysia yang mengeluarkan Kad Perubatan bersama-sama dengan polisi insurans hayat. Pada tahun 2008, telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Jenama Paling Di percayai di Malaysia dan Asia oleh Reader's Digest.
Anugerah Reader's Digest Trusted Brand Gold Award ialah berasaskan pengguna iaitu ukuran antarabangsa bagi pemilihan jenama yang diperkenalkan pada 1999 dan telah berlangsung setiap tahun sejak 11 tahun lepas. Kaji selidik itu dijalankan berdasarkan kategori utama seperti kebolehpercayaan, imej, kualiti, nilai, pemahaman tentang keperluan pelanggan dan inovasi
Prudential BSN Takaful adalah hasil usahasama di antara Prudential Holdings Ltd & Bank Simpanan Nasional. Produk-produk yang dihasilkan oleh Prudential BSN Takaful adalah produk yang berlandaskan Syariah. Prudential BSN Takaful telah melancarkan produk Takaful keluarganya yang pertama iaitu Takafulink pada 8 Nov, 2006.
Pelan Takaful ini merupakan pelan yang lengkap, fleksibel dan boleh di sesuaikan mengikut umur dan keperluan individu yang berbeza. Takafulink juga merupakan pelan Takaful Pertama di Malaysia yang menyediakan Kad Perubatan bagi membiayai kos rawatan hospital pakar yang tinggi.
Comments :
Post a Comment